Sunday 4 May 2014

Apa itu jalan raya?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan semua,pada post yang pertama kali ini saya nak bercerita tentang "APA ITU JALAN RAYA?".Okay mesti ramai antara kawan-kawan yang sudah tahu apa itu jalan raya betul tak? takpa mari kita lihat dengan lebih jelas tentang jalan raya.

Pengenalan Jalan Raya

Jalan raya ialah jalan besar atau main road yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain. Biasanya jalan besar ini mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Digunakan untuk kenderaan bermotor
  • Digunakan untuk orang awam
  • Dibiayai oleh badan awam
  • Pengunaannya tertakluk kepada undang-undang pengangkutan
Secara umumnya sistem jalan raya bagi sesebuah negara diklasifikasikan kepada:-
  • Lebuhraya
  • Jalan raya kebangsaan ataupun laluan persekutuan
  • Jalan raya negeri atau wilayah
  • Jalan perbandaran
  • Jalan-jalan lain termasuk jalan kampung dan jalan estet

Pemanduan disebelah kanan atau kiri


Aliran lalu lintas ke hadapan adalah bergantung kepada sesebuah negara sama ada di sebelah kanan ataupun kiri. Di negara yang mengamalkan sistem pemanduan sebelah kiri seperti Malaysia, ciri-ciri jalan rayanya adalah seperti berikut:-
  • Tempat duduk pemandu di dalam kenderaan adalah di sebelah kanan
  • Pemandu memandu ke hadapan dengan mengikut lorong kiri
  • Lalu lintas dari hadapan berada di lorong kanan
  • Arah pusingan bulatan adalah mengikut arah jam
  • Kebanyakan lampu isyarat berada di sebelah kiri
  • Pejalan kaki berjalan menghadap lalu lintas iaitu di sebelah kanan jalan
Sejumlah 34% daripada jumlah pemandu di sebelah dunia memandu di sebelah lorong kiri manakala 66% lagi di sebelah lorong kanan.

okay itu sahaja untuk posting kali ini! nantikan post yang akan datang mengenai "SALAH LAKU DI JALAN RAYA" okay! jangan lupa untuk tekan button "follow" diatas.