Friday 6 June 2014

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera Luqman ucapkan kepada rakan-rakan semua...hari ini Luqman ingin menerangkan kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya...tetapi sebelum itu Luqman ingin rakan-rakan tahu bahawa banyak kes-kes kemalangan yang berlaku akibat kecuaian pemandu dan penunggang yang tidak mematuhi papan tanda jalan raya dan perkara ini sangat membimbangkan serta harus segera ditangani dan semoga dengan membaca artikal yang disediakan oleh Luqman ini, rakan-rakan dapat menjadikannya sebagai panduan.

Okay! antara kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya ialah:-

# Dapat mengurangkan kadar kematian rakyat di Malaysia
-Kebanyakkan kemalangan yang berlaku adalah disebabkan kecuaian dan sikap pemandu serta penunggang yang mengambil mudah dalam mematuhi papan tanda jalan raya.

#Meningkatkan ekonomi negara serta menarik pelancong dari luar negara
-Dengan wujudnya masyarakat yang mematuhi papan tanda jalan raya pasti negara akan lebih selamat dan aman.Dengan ini pelancong dari negara luar pasti tertarik untuk mengunjungi negara kita sekaligus meningkatkan pendapatan masyarakat Malaysia dan jumlah pengangguran dapat dikurangkan.

#Supaya masyarakat menjadi lebih selesa dan tenteram
-Kemalangan yang sering terjadi menyebabkan mereka menjadi takut untuk menggunakan jalan raya kerana berasa kurang selamat dan ini tidak bagus untuk diri mereka dan negara.Tetapi jika kita mematuhi papan tanda jalan raya,keselesaan dan keselamatan diri pasti terjamin dan pasti berasa lebih yakin untuk menggunakan jalan raya.

#Dapat membantu kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan
-Sebagai rakyat Malaysia yang berdisiplin kita perlulah membantu kerajaan menangani kadar kemalangan dengan mematuhi papan tanda jalan raya dan memandu dengan berhemah .

#Menstabilkan kesesakkan lalu lintas
-Kesesakkan jalan raya yang berlaku selalunya disebabkan oleh keadaan trafik dan pemandu yang tidak memandu dengan berhemah.Jika kita mematuhi papan tanda jalan raya pasti kesesakkan dapat dikurangkan dan perjalanan akan menjadi lebih stabil dan selamat.

Berikut adalah kepentingan yang dapat Luqman huraikan dan Luqman berharap rakan-rakan dapat mematuhi papan tanda jalan raya selepas ini :).Ouhh! sebelum itu Luqman ada sediakan video mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya,jom tengok!


8 comments:

  1. cantik blog..best entry update lagi kay..video tu best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah akan update lagi :) thnks sudi lawat blog ni.

      Delete
  2. Hati-hati di jalan raya.. Ingatlah org yg tersayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu @tintamerah tq sbb sudi lawat blog pengguna ini..harap dapat kongsi maklumat yang berguna :)

      Delete
  3. Bagus lah entry ni^^
    Sangat berguna untuk semua ahli masyarakatt :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mira sbb sudi lawati blog ni :)

      Delete
    2. Masyarakat sekarang kurang faham akan maksud setiap papan tanda itu, kerana kurang kesedaran dan kepentigan papan tanda tersebut.

      Delete